CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ini Lah My Family..

Sunday, April 26, 2009

Merdeka!!


PERJUANGAN BANGSA MENGGAPAI KEMERDEKAAN


Perjuangan secara bersenjata oleh tokoh wira bangsa sesungguhnya telah membuka satu revolusi semangat nasionalisme kepada rakyat Tanah Melayu. Namun sudah tiba masanya perjuangan diubah strategi melalui mata pena.

Pada bulan Oktober 1945, pihak British mengumumkan satu langkah drastik bagi menamatkan cara pemerintahannya dengan menyatukan kesemua negeri menjadi Kesatuan Malaya atau Malayan Union dibawah seorang Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif. Ia juga telah mencadangkan untuk memperkenalkan kewarganegaraan Malaya yang akan memberi hak sama rata kepada mereka yang mengakui Malaya sebagai tanah airnya. Ciri-ciri Malayan Union ini telah mendapat tentangan hebat dikalangan orang Melayu.

Rentetan dari peristiwa itu, pada 1 Mac 1946 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) telah ditubuhkan. UMNO menjadi peneraju bagi penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Namun pada Julai 1946 British membentuk satu Jawatankuasa Kerja bagi menggubal Perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union. Diantara isi perlembagaan tersebut ialah mengembalikan kedaulatan dan kuasa politik Raja-Raja Melayu.

Dalam memperjuangkan kemerdekaan, pembentukan pakatan diantara UMNO dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (MIC) telah dimeterai. Ini memberi kemenangan besar didalam pilihanraya tahun 1955 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Pakatan tersebut telah membuka satu lembaran sejarah apabila telah berjaya memaksa British untuk melepaskan kuasa pemerintahan mereka dimana pada 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya.

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan dalam tahun 1959 untuk merangka satu Perlembagaan yang merdeka bagi Tanah Melayu dan dipengerusikan oleh Sir Lord Reid (London). Diantara ciri-ciri perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Ketua Negara ialah Yang Dipertuan Agong dan Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Sesungguhnya kemerdekaan yang dinikmati sehingga kini adalah hasil perjuangan pejuang-pejuang bangsa yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi sebuah kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.

0 comments: