Termanggu ku dijendela
Merenung anak-anak kecil riang bermain
Tiada gundah dan gulana diwajah mereka
Mereka tidak perlu memikirkan apa yang berlaku
Alangkah seronoknya menjadi mereka
Dunia mereka penuh ceria
semalam, hari ini dan esok bagai tiada bezanya
sedangkan diluar sana dunia penuh duka
Apakah yang kita ingin kita tinggalkan buat mereka
Adakah warisan yang penuh noda hitam
Alam yang lesu jauh dari kedamaian
Tiada kicauan unggas menyanyi riang
Zalimnya kehidupan ini andai itu yang dititipkan buat mereka.....
Tuesday, August 18, 2009
sajak-perjalanan ini........
Posted by shamsiah at 12:16 AM 2 comments
Sunday, April 26, 2009
Merdeka!!
PERJUANGAN BANGSA MENGGAPAI KEMERDEKAAN
Perjuangan secara bersenjata oleh tokoh wira bangsa sesungguhnya telah membuka satu revolusi semangat nasionalisme kepada rakyat Tanah Melayu. Namun sudah tiba masanya perjuangan diubah strategi melalui mata pena.
Pada bulan Oktober 1945, pihak British mengumumkan satu langkah drastik bagi menamatkan cara pemerintahannya dengan menyatukan kesemua negeri menjadi Kesatuan Malaya atau Malayan Union dibawah seorang Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif. Ia juga telah mencadangkan untuk memperkenalkan kewarganegaraan Malaya yang akan memberi hak sama rata kepada mereka yang mengakui
Rentetan dari peristiwa itu, pada 1 Mac 1946 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) telah ditubuhkan. UMNO menjadi peneraju bagi penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Namun pada Julai 1946 British membentuk satu Jawatankuasa Kerja bagi menggubal Perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union. Diantara isi perlembagaan tersebut ialah mengembalikan kedaulatan dan kuasa politik Raja-Raja Melayu.
Dalam memperjuangkan kemerdekaan, pembentukan pakatan diantara UMNO dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (MIC) telah dimeterai. Ini memberi kemenangan besar didalam pilihanraya tahun 1955 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Pakatan tersebut telah membuka satu lembaran sejarah apabila telah berjaya memaksa British untuk melepaskan kuasa pemerintahan mereka dimana pada 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya.
Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan dalam tahun 1959 untuk merangka satu Perlembagaan yang merdeka bagi Tanah Melayu dan dipengerusikan oleh Sir Lord Reid (
Posted by shamsiah at 2:08 AM 0 comments
Komunikasi
Pengenalan
Komunikasi merupakan bidang baru berbanding dengan bidang-bidang ilmu yang lain . Perkataan komunikasi berasal daripada “communicare”yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. Secara terperinci perkataan “communis” pula bererti milik bersama atau berlaku dimana-mana . Manakala perkataan “communis opinio” membawa pengertian pendapat umum . Disini dapatlah dirumuskan bahawa perkataan “komunikasi’ menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok serta sifat ingin mempengaruhi orang lain.
Selain dari itu komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial. Justeru itu kertas kerja ini akan membentangkan apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi ,teori , teori komunikasi , perkembangan komunikasi barat amnya dan di Malaysia khususnya serta proses pembentukan teori komunikasi . Disamping itu kupasan apakah kepentingan teori komunikasi kepada kita akan turut disentuh.
Perkembangan bidang komunikasi diasaskan oleh pakar-pakar daripada bidang-bidang lain seperti sosiologi, antropologi, psikologi,psikologi sosial dan sains politik yang telah lama bermula.Setelah itu pakar-pakar ini memasuki bidang komunikasi bagi menjalankan penyelidikan untuk cuba menjawab persoalan-persoalan yang timbul didalam bidang masing-masing.
Sesungguhnya bidang komunikasi semakin penting kepada semua kerana manusia tidak boleh hidup tanpa komunikasi.Sebagaimana yang diketahui komunikasi merupakan keperluan asas seperti juga makanan, tempat tinggal dan pakaian. Seseorang yang tidak berkomunikasi mungkin akan berada dalam keadaan lapar dan dahaga.
Komunikasi menjadi semakin penting di dalam kehidupan kita sebagai individu, anggota keluarga,ahli masyarakat,anggota organisasi dan juga rakyat sesebuah Negara. Justeru itu kecemerlangan individu, anggota keluarga, organisasi dan sebagai pemimpin sesungguhnya memainkan peranan yang penting bersandarkan komunikasi yang berkesan dan dapat diterima oleh semua pihak atau lebih jelas lagi ianya difahami.
Definasi (maksud) komunikasi
Komunikasi bermaksud memindahkan atau menyampaikan mesej daripada satu pihak kepada pihak lain. Mesej ialah maklumat yang boleh disampaikan sama ada dengan menggunakan pertuturan , perbuatan, tulisan ataupun lukisan dan gambar.Komunikasi menjadi lebih berkesan apabila maklumat yang hendak disampaikan difahami dan mendapat tindakbalas daripada penerima maklumat.
Menurut Nobert Wiener komunikasi berhubungkait dengan maklumat, dimana maklumat mempunyai peranan penting di dalam kehidupan manusia. Sembilan puluh peratus kegiatan manusia dilakukan dengan komunikasi.Menurut beliau maklumat adalah hasil kegiatan manusia pertukaran idea dengan dunia luar sehingga kita dapat
menyesuaikan diri dengan idea tersebut. Proses menyesuaikan diri sebenarnya merupakan kegiatan komunikasi menerima dan menggunakan maklumat.
Littlejohn pula melihat komunikasi sebagai tekaan yang bijak diman ia digunakan dalam kehidupan seharian dan untuk menerangkan sesuatu keadaan berdasarkan pemerhatian atau kajian yang sistematik.
Manusia harus mempunyai maklumat yang cukup untuk hidup dengan berkesan. Oleh yang demikian , komunikasi merupakan suatu yang mutlak dalam kehidupan manusia . Disini dapatlah disimpulkan bahawa maksud komunikasi itu ialah berkait rapat dengan bahasa, pergerakan tubuh badan,meniru tindakan orang lain dan pengaruh social.
Apa itu teori ?
Teori pula boleh didefinasikan menurut beberapa orang sarjana diantaranya:-
Cragan & Shield , 1998 mengatakan kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan diantaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelaskan , menerang , menilai , membuat ramalan dan membuat kawalan terhadap fenomena. Sarjana ini membentuk teori untuk menyelesaikan serta mencari jawapan kepada teka-teki ,dimana teori itu sendiri memberi penjelasan terhadap fenomena yang menjadi teka- teki itu.
Menurut Griffin, 1997 pula teori merupakan peta tentang kebenaran di mana teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu
fenomena . Ianya bersifat sementara .Kita juga boleh menerima , menolak atau mengubahsuai teori berdasarkan kajian yang dijalankan. Kefahaman tentang teori dapat membantu kita dalam kehidupan kita seharian.
Melalui dua pendapat di atas dapatlah dirumuskan bahawa teori adalah kenyataan atau penerangan yang dibentuk bagi menerangkan sesuatu fenomena dimana ianya bersifat sementara atau kajian secara sistematik. Kefahamanmengenai teori akan dapat membantu kita dalam kehidupan seharian.
Definasi teori komunikasi
Disini kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan teori komunikasi. Teori komunikasi amat berguna kepada kita , samada kita sebagai pengamal , pengguna komunikasi ataupun sebagai manusia biasa. Terdapat beberapa definasi mengenai teori komunikasi diantaranya ialah:-
Hubungan diantara konsep teoretikal yang membantu memberi secara keseluruhan ataupau sebahagiannya,keterangan, penjelasan, penerangan, penilaian ataupun ramalan tindakan manusia berdasarkan komunikator (orang) berkomunikasi (bercakap,
menulis, membaca, mendengar, menonton dan sebagainya untuk jangkasa masa tertentu melalui media ( Cragan & Shield , 1998 ).
Menurut Littlejohn 1996 pula, ianya merupakan satu teori atau sekumpulan ‘pemikiran kolektif’ yang didapati dalam keseluruhan teori terutamanya yang berkaitan dengan
proses komunikasi. Menurut Borman, 1989 pula ianya satu perkataan atau istilah yang merupakan paying untuk semua perbincangan dan analisis secara berhati-hati, sistematik dan sedar mengenai komunikasi.
Melalui definasi yang telah diutaranya melalui beberapa tokoh, dapatlah dijelaskan bahawa setiap teori memberi penerangan dan hubungan berkenaan konsep yang berbeza dan tidak semua teori mampu memberi penjelasan, penerangan, penilaian dan ramalan yang sama.
Justeru itu untuk membuat klasifikasi teori komunikasi maka metateori atau teori tentang teori diperlukan. Metateori merupakan peta topografi yang diperlukan untuk membuat klasifikasi, perbentangan dan penilaian teori-teori komunikasi. Disini bolehlah dinyatakan bahawa teori komunikasi ialah teori yang digunakan untuk menerangkan, menjelaskan, menilai, membuat ramalan demi untuk memahami fenomena komunikasi.
Contoh bagaimana teori komunikasi boleh digunakan untuk menerangkan kenapa lebih ramai penonton tv3 berbanding stesen tv yang lain dan mengapa seseorang itu berdebar- debar atau merasa malu untuk membuat sesuatu ucapan apabila berhadapan dengan orang ramai. Disini teori komunikasi dapat memberi pengetahuan dan kesedaran untuk menghapi situasi atau fenomena tersebut.
Perkembangan bidang komunikasi
Perkembangan bidang komunikasi bermula sejak manusia hidup bermasyarakat dan membina tamadun sendiri ditempat kumpulan manusia itu berada. Pengguna komunikasi sebagai penggerak dan penggembleng manusia bagi mencapai pembangunan yang diingini. Setiap masyarakat atau tamadun memelukan sokongan sistem komunikasi yang berkesan untuk mencapai cita-cita mereka.
Bidang komunikasi hanya dikenali sebagai bidang pengajian yang penting pada abad ke 20. Ini menunjukkan bidang komunikasi sebagai bidang pengajian yang baru berbanding dengan bidang-bidang lain komunikasi. Komunikasi mula menjadi tumpuan dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi seperti radio, televisyen, telefon, satelit, rangkaian computer serta perkembangan perindustrian dan politik dunia.
Justeru itu timbul keperluan untuk mengetahui apakah kesan perkembangan teknologi komunikasi memberi kesan yang maksimum terhadap individu, masyarakat dan rakyat
sesebuah Negara. Ini menyebabkan timbul keinginan dikalangan penyelidik untuk mengetahui kesan ucapan-ucapan politik terhadap masyarakat sehingga timbul kajjian-kajian tentang propaganda dan pendapat umum.
Disamping itu kajian-kajian didalam bidang psikologi sosial tentang kesan tayangan wayang gambar terhadap kanak-kanak propaganda serta pembujukan dan dinamik kelompok turut dijalankan. Selain itu pelbagai kajian yang bertujuan mengetahui tentang penggunaan teknologi baru seperti radio, computer (internet), televisyen dan lain-lain .
lagi. Walaubagaimanapun pengajaran kemahiran asas komunikasi seperti pidato umum, perbincangan kumpulan dan kesan amalan komunikasi di bilik darjah masih diteruskan.
Perkembangan bidang komunikasi diakui sebagai bidang pengajian yang sah dan penting selepas perang Dunia Kedua. Sebelum kita melihat perkembangan bidang komunikasi di Malaysia disini dibentangkan perkembangan bidang komunikasi di Amerika Syarikat dan Eropah menurut Griffin (1997). Terdapat beberapa era perkembangan bidang komunikasi.
i) Era Awal (1900 – 1930)
Kebangkitan Retorik pada tahun 1935 terdapat 200 Universiti dan Kolej di Amerika Syarikat yang menyenaraikan Jabatan Pengucapan secara berasingan daripada
Jabatan Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan pengucapan awam menjadi semakin penting dimana guru-guru yang mengajar pengucapan awam menjadi ahli Jabatan Bahasa Inggeris yang cuba menekankan persembahan lisan.
Disamping itu kursus yang ditawarkan juga lebih memberi panduan praktik dalam mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address), interpretasi lisan, drama, debat dan perbincangan meja bulat. Guru-guru menggunakan tulisan Zaman Greek dan Rome sebagai bahan rujukan dimana Plato, Aristotle, Cicero dan Quantilian menjadi sumber bahan pengajian dan hebahan awam.
ii) Era Komunikasi dan Sains Sosial (1930 – 1960) : Kesan Media
Pada peringkat ini Griffin menyatakan ianya merupa era kebangkitan dimana empat Lasswell yang merupakan ahli sains politik yang membuat analisis propaganda Nazi bagi mengenal pasti kesan kuat terhadap mereka yang mendengar.
Sarjana seterusnya ialah Paul Laparsfeld yang merupakan pakar sosiologi yang menubuhkan Biro Penyelidikan Sosial Gunaan (Burean of Appleed Social Research) di University Colombia untuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sector perniagaan serta menjalankan projek penyelidikan radio yang menjadi perintis kajian tinjauan dan teknik kumpulan sasaran (focus group) untuk melihat impak penyiaran terhadap emosi.
Pada tahun 1950 sekumpulan penyelidik komunikasi pertubuhan komunikasi yang dikenali sekarang sebagai International Communication Assaciation (ICA) Shannon Den Weaver (1948) membentuk dan mengasaskan model linear komunikasi dqn David Berlo (1960) memudahkan model kepada empat bahagian asas iaitu :-
Sumber ----- Mesej------ Saluran ------ Penerima
Perkembangan ini menggalakan kebanyakan Jabatan di Universiti-Universiti menukar nama dengan menambah perkataan komunikasi.
Pada era ini timbul isu-isu yang melihat isu konfrantasi hak asasi, rusuhan dibandar-bandar . Penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam,,demontrasi di kampus-kampus,Beaatles, hippe, revolusi seks, budaya dadah, pembunuhan J.F.Kennedy,Jr dan Malcome x .Keadaan ini mengakibatkan perubahan arus bidang komunikasi daripada melihat kesan pengucap kepada komunikasi antara perseorangan.
v) Era Retorik Baru (1965- 1980)
Pada tahun 1965 Edwin Black (1965) mengutarakan cara baru menganalisis ucapan. Pada waktu itu muncul artikal-artikal seperti “The Retoric of Black Power”, oleh Burgess (1969) dan Retoric of confrontation” oleh Scott dan Smitth (1969). Mereka mendapati ucapan awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan yang disediakan dengan rapi ataupun hujah-hujah yang diterima akal.
vi) Era Pencarian Model Sejagat (1970-1980)
Selepas satu dekad membuat penyelidikan empiric, tetapi hasilnya belum dapat dibanggakan. Ini disebabkan oleh kekurangan teori yang besar yang dapat
memfokuskan segala penyelidikan dalam bidang komunikasi. Menurut Kuhn (1970) sains yang matang perlu model atau paradigma yang sejagat, tetapi ahli sains social dalam bidang komunikasi belum mencapai tahap itu.
vii) Era Pergolakan Bidang Komunikasi (1980- kini)
Menurut Griffin menggunakan perkataan ‘pergolakan’ untuk menggambarkan percubaan untuk melihat percampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan yang berlaku dalam bidang komunikasi masa kini. Penyelidikan komunikasi juga .berkembang selari dengan perkembangan bidang ilmu yang memerlukan proses penyelidikan untuk berkembang.Banyak jurnal diterbitkan diantanya ialah Communication Theory,Language and Social Interaction.Menurut beliau lagi bidang komunikasi dalam abad ke-21 diibaratkan dua arus yang menggambarkan sains dan komunikasi.
Perkembangan Bidang komunikasi di Malaysia
Pada tahun 1970-an Malaysia turut mengalami perkembangan dalam bidang komunikasi secara sistematik dimana empat Jabatan Komunikasi ditubuhkan diempat buah universiti. Universiti Sains Malaysia (USM) -1970 merupakan pelopor pertama menubuhkan jabatan komunikasi diikuti ITM kini UITM(1972) ‘School of Mass Communication’ ,UKM (1976) dan UPM(1979) menubuhkan Jabatan Komunikasi Pembangunan.
Peranan sarjana komunikasi berperanan sebagai pengajar, penyelidik dan penerbit /penulis,sedikit berbeza di UPM peranannya ditambah kepada tugas pentadbiran dan pengembangan. UPM lebih menekankan kepada pembangunan masyarakat tani yang merupakan pengguna terakhir segala maklumat yang dihasilkan melalui penyelidikan.
Sarjana komunikasi di Malaysia kebanyakannya mendapat Masters dan PhD dalam bidang tersebut dari luar Negara (Amerika Syarikat, United Kingdom,Australia ) ini sedikit sebanyak mempengaruhi struktur kurikulum.Diantara pengasas bidang komunikasi di Malaysia ialah Prof. Dr.Vincent Low (USM),Prof. Syed Arabi Idid(dulu UKM,sekarang UIA), Prof. Dr. Md Salleh Hassan(UPM) dan ramai lagi.
Justeru itu perkembangan bidang komunikasi di Malaysia sesungguhnya dipengaruhi sedikit sebanyak dengan apa yang berlaku di barat kerana pengasas bidang komunikasi juga mendapat pendidikan dan latihan di barat.
Proses pembentukan teori komunikasi
Setelah kita lihat perkembangan bidang komunikasi ,seterusnya bagaimanakah proses pembentukan teori komunikasi berlaku.Proses pembentukan teori komunikasi bermula dengan penyelidikan yang berlaku dengan beberapa kaedah yang dikemukakan oleh Miller dan Nicoholas (1976) iaitu pertanyaan soalan, pemerhatian, dan membentuk jawapan.Contoh kajian yang dijalankan melalui soalan ialah apakah fenomena itu?,Dimana penyelidikan dijalankan cuba menjawab soalan-soalan dengan cara teratur dan sistematik. Melalui pemerhatian pula iaitu melihat secara objektif perkara yang dikaji
dan pemerhatian yang digunakan berbeza mengikut kecenderungan para sarjana.Pada peringkat membentuk jawapan para sarjana memberi definasi , menerang dan menjelaskan untuk membuat pertimbangan.tentang sesuatu fenomena.
Hasil daripada persoalan dan pemerhatian dapatlah dilihat proses pembentukan teori yang mana teori adalah persoalan ataupun kenyataan sementara tentang sesuatu fenomena komunikasi,Walaubagaimanapun para sarjana masih lagi menguji teori itu sehingga kepastian atau pengitlakan dapat dibuat. Ini dapat dirumuskan bahawa proses menguji teori adalah proses penyelidikan.Ini membuktikan tanpa penyelidikan pembentukan teori yang mantap dan umum untuk menerangkan pelbagai aspek komunikasi tidak dapat dibentuk.
Apakah kepentingan teori komunikasi kepada kita ?
Teori komunikasi sesungguhnya penting kepada kita adalah disebabkan beberapa factor diantaranya ialah:-
1) Teori komunikasi dapat membantu atau panduan dalam membuat sesuatu keputusan untuk tindakan sewajarnya.
2) Dapat membuat jangkaan terhadap pola kejadian disekeliling kita agar dapat dikenalpasti.
3) Membuat ramalan terhadap sesuatu kepentingan sebelum sesuatu keputusan dibuat.
4) Membantu kitu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah dan dengan orang disekeliling.
5) Seseorang akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks.
6) Membantu kita menjalani kehidupan yang mencabar dengan sempurna.
8) Membolehkan kita menghurai apakah sebab musabab sesuatu kejadian dengan lebih baik dan dapat membezakan samada perkara itu baik atau tidak.
Sesungguhnya teori komunikasi dapat menerangkan bagaimana reaksi perlakuan manusia.Kepelbagaian teori komunikasi juga menggambarkan komunikasi merupakan sesuatu yang kompleks.Sehubungan itu seseorang yang memahami teori komunikasi dapat membantu bagi menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna .
Ini kerana pengetahuan tentang teori komunikasi membolehkan seseorang membuat jangkaan atau,ramalan ,membuat perancangan bagi mengatasi sesuatu situasi. Oleh yang demikian samada sebagai individu , anggota keluarga , anggota organisasi, pemimpin dan pengikut tentunya dapat memberikan peranan yang lebih efisyen sekiranya teori komunikasi dijadikan asas kehidupan seharian.
.
Bibliografi
Astrid S. Susanto,(1987) Komunikasi Teori Dan Praktis 1.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ishak Abdul Hamid Dan Jusang Bolong (2008).Kemahiran Komunikasi Antara Perseorangan.Universiti Putra Malaysia.
John F.Cragan & Donald C.Shield.(1998) Understanding Comunication Theory.United States of America.
James W.Carey,(1992) Comunication As Culture, New York.Unwin Hyman, Inc
Mohd. Hamdan Adnan & Zulkarimein Nasution.(1992) Komunikasi Pembangunan Pengenalan Dan Penerapan.Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhamad Rosli Selamat (2008).Strategi Perhubungan Awam. Universiti Putra Malaysia.
Saodah Wok,Narimah Ismail, Mohd.Yusof Hussain.(2006) Teori-teori Komunikasi.PTS Profesional.
Posted by shamsiah at 2:03 AM 0 comments