CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ini Lah My Family..

Wednesday, April 15, 2009

B.melayu dlm media


Bahasa Melayu Baku Dalam Media Massa



Pendahuluan

Apakah nasib media berbahasa melayu pada masa akan datang?. Persoalan ini ditimbulkan sendiri oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan(KeKWa), Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam akhbar Utusan Malaysia pada 16 November lalu di Kongres Serumpun di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sekiranya persoalan ini tidak dapat dihuraikan, bagaimanakah peranan Bahasa Melayu Baku itu sendiri dapat direalisasikan penggunaannya dalam media massa.

Justeru itu, kertas kerja ini akan memfokuskan apakah peranan, cabaran dan langkah-langkah mengukuhkan bahasa Melayu Baku dalam media massa. Pengertian bahasa baku menurut ensiklopedia sejarah dan kebudayaan sebagai alat komunikasi oleh semua penutur dari pelbagai latar belakang wilayah dan sosio budaya yang berbeza. Ragam ini dapat diterima dan difahami oleh semua golongan.

Bahasa Melayu Baku menjadi baku di negara ini apabila bahasa Melayu digunakan dalam segala urusan rasmi negara. Maka Bahasa Melayu Baku mestilah diseragamkan penggunaannya dalam pentadbiran negara, pendidikan serta media massa agar menjadi cekap dan berkesan. Bahasa Melayu Baku juga menjadi paksi perpaduan dalam melaksanakan paradigma pemikiran rakyat. Dalam Fasal 152 Perlembagaan Negara, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan kita yang menjadi tali penghubung perpaduan semua kaum di Malaysia.

Media massa pula menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat ialah alat atau perantara komunikasi (perhubungan) diantaranya seperti radio, televisyen ,akhbar dan majalah. Secara amnya media adalah merupakan pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat-alat komunikasi amnya atau keseluruhannya. Pelbagai jenis alat komunikasi seperti yang dinyatakan di atas dapat menyampaikan maklumat atau berita kepada orang ramai dengan cepat.

Menurut Dominic dalam Dewan Budaya Februari 2004, media mempunyai beberapa fungsi utama iaitu menyampaikan maklumat,pengawasan ,mengukuhkan nilai moral dan pertukaran nilai budaya dalam sesebuah masyarakat. Sejarah membuktikan bahawa media penting dalam kehidupan manusia memandangkan media mempunyai pertalian yang rapat dengan peristiwa penting yang mewarnai sejarah dunia.

Justeru itu, Bahasa Melayu Baku berperanan penting bagi memantapkan, mendokong serta memberi kekuatan kepada media massa samada media cetak atau elektronik. Media massa dapat menentukan hampir segala-galanya cara berfikir, citarasa dan gaya hidup manusia di mana jua. Peranan media massa dalam konteks pasca modenisme, Akbar S. Ahmad (1992) menyebut dengan ungkapan “The evil demon : The media a master”. Bukunya Postmoderism and Islam : Predicement and Promise memberikan penekanan yang luar biasa terhadap peranan media massa.

0 comments: